Orang Islam terlibat dalam tarian singa
Soalan
Bolehkah orang bukan Islam terlibat dalam kumpulan tarian singa sempena perayaan Tahun Baharu Cina?
Muzammil
Kodiang
JAWAPAN
Saya berpandangan agar umat Islam tidak melibatkan diri dengan tarian singa, cukuplah dengan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada mereka kerana bimbang termasuk dalam tasyabbuh atau penyerupaan yang terlarang.
Hukum kecam sesuka hati di media sosial
Soalan
Hukum kecam sesuka hati di media sosial
Ramai daripada kita terlibat dalam media sosial membuat komen dan mengecam perbuatan orang lain yang kita tidak kenal pun. Apa hukumnya kerana kita tidak dapat meminta maaf dengan individu yang dikecam itu. Apa nasihat ustaz dalam hal ini?
Salimah
Selayang
JAWAPAN
Hukum mengecam orang adalah terlarang apatah lagi kita mengecam tanpa bukti secara asasnya. Kita wajib memohon maaf kepada orang yang kita hina kerana telah menyakiti hatinya. Sebab itu, mengelak daripada mengecam itu adalah selamat untuk dunia akhirat, agar kita tidak menjadi ‘muflis’ pada hari kiamat.
Solat Subuh di luar waktu
Solat Subuh di luar waktu
Soalan
Saya akan kembali ke tanah air setelah bercuti pada pagi 29.1.2025. Bagaimanapun, pesawat dijangka mendarat di KLIA pada 7.05 pagi berkenaan.Pada tarikh itu masuk waktu solat Subuh adalah 6.17 pagi dan waktu Syuruk 7.25 pagi.Saya berpendapat, saya tidak sempat solat Subuh apabila pesawat mendarat.Bolehkah setelah selesai urusan bagasi, saya terus ke surau KLIA untuk dirikan solat Subuh walaupun selepas Syuruk? Bolehkah juga saya solat sunat sebelum mendirikan solat Subuh?
Zubir,
Selangor
JAWAPAN
Sekiranya tuan menyakini tidak sempat solat di lapangan terbang maka tuan wajib solat di atas kapal terbang secara sempurna atau solat hormat waktu dan apabila sampai di lapangan terbang boleh diqada semula.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected] – UTUSAn