Orang Asli bimbang serangan gajah

Orang Asli bimbang serangan gajah

Kesan daripada aktiviti pembalakan serta kekurangan sumber makanan dipercayai menjadi antara punca menjejaskan habitat gajah di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (LRTB) menghubungkan Gerik dan Jeli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kesan daripada aktiviti pembalakan serta kekurangan sumber makanan dipercayai menjadi antara punca menjejaskan habitat gajah di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (LRTB) menghubungkan Gerik dan Jeli.

Keadaan itu dikatakan telah mengubah kelakuan gajah sehingga menyebabkan kacau ganggu di kampung-kampung masyarakat Orang Asli selain kekerapan berita pertembungan pengguna LRTB dengan mamalia tersebut kebelakangan ini.

Menurut seorang penduduk kampung yang sudah 33 tahun tinggal di situ, trend itu menyebabkan mereka sentiasa ketakutan tidak kira siang atau malam.

“Gajah yang ada di LRTB ini memang dari dahulu lagi. Cuma tidak banyak seperti sekarang. Kami penat dan tertekan dengan situasi ini. Setiap hari, siang dan malam kami risau,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, penduduk juga percaya tindakan pelepasan atau penempatan gajah dari luar ke kawasan itu turut dikatakan mencetuskan ketidakselesaan habitat yang telah lama hidup di situ dan mengubah kelakuan haiwan tersebut.

“Pada tahun 1990-an orang kampung boleh tanam pelbagai tanaman. Selepas beberapa tahun gajah semakin banyak. Boleh dikatakan setiap hari orang akan bertembung dengan gajah. Malah istilah lain, keadaan sudah umpama seperti dalam zoo,” katanya.

Berita interaksi manusia dan haiwan itu meningkat terutama sejak LRTB sepanjang lebih 120 kilometer dibuka pada 1 Julai 1982, dan kini menjadi laluan alternatif antara barat dan timur Semenanjung Malaysia.

Kata seorang penduduk yang menetap di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun, keadaan masih terkawal, namun melihat kegusaran masyarakat Orang Asli di kampung-kampung sekitar adalah berasas.

“Kebimbangan ini berdasarkan kes kehilangan nyawa penduduk kampung yang dipijak gajah selain kerosakan lain. Disebabkan faktor-faktor luaran yang berlaku, ia mengubah tingkah laku gajah yang kadangkala,” katanya.

Pada Jun lalu, seorang lelaki Orang Asli berusia 65 tahun, maut dipercayai dipijak gajah liar di kawasan kebun getah di Kampung Lerlar RPS ketika mahu mencari kayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya