Ops Ranaga: Biar polis siasat - Saifuddin

Ops Ranaga: Biar polis siasat – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail beramah mesra selepas meninjau operasi kod Respons Pantas (QR) MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes penggubahan wang haram membabitkan ketua pegawai eksekutif sebuah stesen penyiaran di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan, jadi biar pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) lengkapkan siasatan dulu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sistem kod respons pantas (QR) pelepasan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Media semalam melaporkan, polis menahan lima individu menerusi Op Ranaga susulan daripada satu laporan yang diterima pada Oktober lalu.

Razarudin berkata, pengadu memaklumkan mengesan beberapa transaksi mencurigakan membabitkan beberapa akaun bank yang dikesan berlaku antara 2017 hingga September tahun lalu.

Lima individu berusia 26 hingga 62 tahun yang ditahan termasuk seorang wanita dan seorang lelaki berjawatan CEO sebuah syarikat serta dua anaknya dan dua lagi individu dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Sarawak.

Hasil serbuan yang dijalankan, pasukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman merampas, membekukan dan menyita pelbagai aset seperti kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya