Operasi khas JPJ sempena Tahun Baharu Cina

Operasi khas JPJ sempena Tahun Baharu Cina

JPJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina 2025 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ telah dimulakan semalam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 9 Februari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi itu bertujuan memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan iaitu sebagai langkah mengurangkan risiko kemalangan terutama semasa musim perayaan.

“Operasi berikut memberi tumpuan kepada sembilan kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), termasuk memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, dan menggunakan lorong kecemasan.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan undang-undang dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, antara kesalahan lain yang turut diberi perhatian termasuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keselamatan atau topi keledar, membawa lebih muatan, serta memandu kenderaan berat di lorong laju.

“Selain penguatkuasaan, JPJ turut menjalankan pelbagai program advokasi keselamatan jalan raya dengan kerjasama pihak media dan rakan strategik.

“Lebih 30 program seperti ceramah, pameran, edaran kit keselamatan jalan raya, serta aktiviti kesedaran telah dirangka sepanjang tempoh ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya