Op Loader: Dua pemilik syarikat antara disambung reman

Op Loader: Dua pemilik syarikat antara disambung reman

Op Loader: Dua pemilik syarikat antara disambung reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran untuk menyambung reman dua pemilik syarikat dan seorang kakitangan agensi sebuah kementerian kerana terbabit rasuah membabitkan isu surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP) tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Januari ini terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek sebelum ini antara lapan individu yang ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM menerusi Op Loader dijalankan pada Rabu di sekitar Lembah Klang dan Melaka.

“Bagi mengeluarkan surat tawaran kelulusan LKP berkenaan, pegawai-pegawai agensi itu dipercayai bersekongkol dengan syarikat-syarikat yang bertindak menyediakan maklumat palsu seperti penyata bank.

“Ia selain mengurus proses permohonan termasuk Surat Tawaran Kelulusan (STK) dan Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) bagi membolehkan kenderaan perdagangan yang tidak layak menjalani Pemeriksaan Awalan Puspakom.

“Berdasarkan risikan, bayaran rasuah yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis kenderaan dan usia kenderaan yang ingin memohon LKP terbabit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuurhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya