Op Lintas: Ketua pegawai operasi syarikat konsesi lebuh raya akan didakwa

Op Lintas: Ketua pegawai operasi syarikat konsesi lebuh raya akan didakwa

AZAM baki ketika sidang akhbar di ibu pejabat SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat keizinan untuk mendakwa dua individu berhubung kes rasuah dua projek konsesi lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mendakwa dua individu itu masing-masing pada 27 dan 23 Januari ini melibatkan bekas ketua pegawai operasi dan pengurus projek.

“Dua projek lebuh raya itu termasuk Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pakej CA3 bernilai RM1.05 bilion dan Projek Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) bernilai RM4.8 bilion.

“Bekas ketua pegawai operasi itu akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 manakala, pengurus projek syarikat pula bakal berdepan tiga pertuduhan mengikut akta Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Sekitar Ogos lalu, SPRM dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap pengurusan tertinggi sebuah syarikat konsesi lebuh raya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

Difahamkan, 11 individu sudah ditahan termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terbabit dengan 11 kertas siasatan sudah dibuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya