Op ADUN: 18 ADUN Sabah diambil keterangan - Azam Baki

Op ADUN: 18 ADUN Sabah diambil keterangan – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung kes rasuah perolehan projek mineral di negeri itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum akhir bulan ini seperti diarahkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya sudah pun melengkapkan siasatan kes itu malah telah menyerahkan kertas siasatan kepada TPR untuk tindakan susulan.

“Bagaimanapun TPR mengarahkan pegawai penyiasat kami supaya melengkapkan beberapa keterangan lain yang perlu dipenuhi sebelum akhir bulan ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Azam berkata, pihaknya juga telah bertukar maklumat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes sama dan terpulang kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kertas siasatan kedua pula membabitkan lapan rakaman video hasil pendedahan sebuah portal berita dalam talian.

Justeru, beliau memohon kerjasama semua pihak supaya memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya