Ombak besar: 299 penduduk pindah ke tiga PPS di Terengganu 

Ombak besar: 299 penduduk pindah ke tiga PPS di Terengganu 

FENOMENA ombak besar menyebabkan penduduk di Kampung Cacar Lama Paka, Dungun Terengganu berpindah ke PPS atas faktor keselamatan. UTUSAN/ NIK IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Terengganu bertambah kepada 299 orang daripada 78 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata,  satu lagi PPS dibuka di Kemaman iaitu Kampung Kuala Kemaman yang menempatkan 194 penduduk pada pukul 9 malam tadi.

“PPS Balairaya Kampung Geliga Pantai pula menempatkan 91 penduduk manakala di daerah Dungun, 14 orang masih berada di PPS Balairaya Bandar Paka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya