OKU cedera langgar penutup lurang kabel di jalan

OKU cedera langgar penutup lurang kabel di jalan

ZIZI AZMI Zainal Azami menunjukkan penutup lurang kabel di Jalan Sekendi berdekatan Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) tercampak selepas motosikal ditunggangnya melanggar penutup lurang kabel yang terjungkit di Jalan Sekendi berdekatan Taman Air Manis di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu mengakibatkan mangsa, Zizi Azmi Zainal Azami, 39, cedera di tangan, bahu dan lutut kanan.

Menurut Zizi yang juga OKU fizikal, ketika kejadian dia sedang menuju ke tempat kerjanya di sebuah pusat cuci kenderaan di Bagan Nakhoda Omar.

“Sewaktu menunggang motosikal, saya tidak perasan penutup lurang itu terkeluar dalam keadaan terjungkit.

“Perlanggaran itu menyebabkan saya tercampak dan terjatuh tiga meter dari lokasi berkenaan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, dia yang bekerja sambilan dan berulang alik sejak sebulan lalu tidak menyedari wujud lurang kabel di tepi jalan itu.

“Saya bersyukur kerana masih bernyawa dan tidak dilanggar kenderaan lain dari arah belakang.

“Sejurus kemalangan, saya segera mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam,” ujarnya.

Sementara itu, penduduk, Khairi Jamil, 50, meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera mengatasi masalah lurang kabel terjungkit yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

“Kejadian itu kali ketiga berlaku dan kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban.

“Ia turut melibatkan penunggang motosikal namun berlaku pada waktu malam dan laluan itu gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya