Objek dipercayai bom perang dunia kedua ditemukan di Pulau Sibuan, Semporna

Objek dipercayai bom perang dunia kedua ditemukan di Pulau Sibuan, Semporna

OBJEK dipercayai bom perang dunia kedua ditemukan di kawasan snorkeling di Pulau Sibuan, Semporna hari ini-IHSAN TTS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Substesen Pulau Sibuan di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna ditutup sementara bermula hari ini susulan penemuan objek yang dipercayai bom perang dunia kedua.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr. Maklarin Lakim berkata, objek dipercayai bom itu ditemukan di bawah timbunan pasir yang berada pada jarak kira-kira 30 hingga 50 meter dari pesisir pantai.

Beliau berkata, bom tersebut ditemukan di kawasan aktiviti selam oleh petugas TTS yang melakukan kerja-kerja pembersihan pantai.

“Selepas penemuan itu, petugas kami telah membuat laporan polis dan polis mengarahkan agar kawasan tersebut ditutup bagi tujuan keselamatan. Jadi, penutupan dilakukan bermula pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Sekarang masih dalam siasatan polis dan jika benar, ia adalah bom perang dunia kedua maka, polis akan mengambil tindakan susulan dengan mengalihkan bom berkenaan untuk diletupkan di kawasan yang selamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, prosedur yang diambil itu adalah prosedur biasa apabila bom peninggalan perang ditemukan dan orang awam tidak perlu bimbang kerana penutupan sebagai langkah keselamatan telah pun diambil.

Maklarin berkata, substesen Pulau Sibuan akan dibuka semula kepada orang awam sekiranya tindakan telah diambil dan polis mengisytiharkan kawasan berkenaan selamat untuk dibuka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd. Sabri Zainol berkata, pihaknya akan ke tempat penemuan untuk mengenal pasti jika benar objek yang ditemukan adalah bom perang dunia kedua.

“Pihak PDRM akan mengambil tindakan susulan maka, orang awam dinasihatkan agar tidak masuk ke kawasan tersebut sehingga selesai tindakan keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya