Nuha Bahrin ketawa, tidak kisah dipanggil ‘Presiden Keychain’ - Utusan Malaysia

Nuha Bahrin ketawa, tidak kisah dipanggil ‘Presiden Keychain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi, Nuha Bahrin ketawa ketika mengetahui pengguna aplikasi TikTok memanggilnya dengan gelaran ‘Presiden Keychain’ kerana tubuhnya yang genit. 

Menurut Nuha atau  Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, dia tidak berkecil hati dengan panggilan tersebut sebaliknya terhibur kerana menganggap semua itu sekadar gurauan. 

“Saya okey sahaja mereka bercakap mengenai ketinggian saya.  

“Malah, sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan kami juga sebahagian daripada masyarakat. 

“Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun,” katanya ketika ditemui di XO House Party di sini, baru-baru ini.

Nuha yang meledak dengan lagu Casablanca turut bersyukur kerana tubuhnya yang kecil membuatkan gadis itu dianggap comel dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Saya tidak pernah anggap saiz tubuh saya sebagai satu penghinaan, begitu juga komen netizen bukanlah kecaman. 

“Walaupun ada orang gelar pendek dan ketot, itu perkara betul.

“Jadi, kenapa saya nak terasa dengan benda yang betul? Saya okey sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik syarikat rakaman XO House, Nuha mencuri perhatian apabila selalu membuat kandungan realiti gadis bertubuh kecil.

Video tersebut menjadi bualan ramai sehingga peminat memanggilnya dengan gelaran ‘keychain’ kerana tubuhnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya