Noor Amni akhirnya ditemukan selamat

Noor Amni akhirnya ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Putra Perdana sejak Khamis lalu ditemukan selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.

Mangsa ditemukan bersama rakan perempuannya yang juga orang hilang (OH) yang dilaporkan di Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat dan tiada unsur jenayah dikesan.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Noor Amni Nazaranee kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya pagi ini.

“Sejak dilaporkan hilang, mangsa bersama rakan perempuannya dikatakan pernah berada di Putrajaya, Shah Alam, Cheras dan terakhir di kesan di Ampang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Noor Amni dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Taman Bandar Bukit puchong, Putra Perdana, di sini sekitar pukul 5 petang Khamis lalu.

Mangsa dilihat keluar dari rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke rumah rakan di Lavender Terrace Puchong Prima, Taman Puchong Prima sebelum ke Putrajaya untuk berjoging.

Sejak seminggu lalu, tiga kes OH dilaporkan di daerah ini membabitkan remaja berusia 14 hingga 18 tahun namun, kesemua mangsa berjaya ditemui dengan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya