Nilai manusiawi bentuk Malaysia negara bertamadun - Anwar

Nilai manusiawi bentuk Malaysia negara bertamadun – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepentingan menghormati dan menjuarai nilai manusiawi perlu dipupuk dalam membentuk Malaysia yang lebih bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu agak sukar untuk dilakukan jika rakyat khususnya golongan belia dan anak muda masih melayan budaya terlalu selesa.

“Jika anak muda masih terlalu selesa, tidak mahu berubah dan terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak, sudah pasti perkara itu sukar dilaksanakan.

“Justeru, nasihat saya adalah untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan dari semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara agar negara tidak ketinggalan di persada dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, lawatan kerja Perdana Menteri ke Belgium adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan diplomatik dan membuka peluang kerjasama antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya