Nilai aset, harta Mokhzani dan Mirzan cecah RM1.2 bilion - Azam Baki

Nilai aset, harta Mokhzani dan Mirzan cecah RM1.2 bilion – Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing Tan Sri Mokhzani dan Mirzan memiliki aset dan harta bernilai lebih RM1.2 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah aset itu diperoleh selepas kedua-dua anak lelaki Dr Mahathir itu mengisytiharkan harta masing-masing kepada pihaknya baru-baru ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan aset dimiliki Mokhzani adalah sekitar RM1 bilion termasuk aset peribadi bernilai RM360 juta, pegangan saham dan liabiliti yang ditanggung.

“Manakala, Mirzan pula membabitkan aset keseluruhan berjumlah RM246.2 juta termasuk saham, aset lain dan liabiliti.

“Mirzan dan Mokhzani telah pun memenuhi permintaan SPRM untuk mengisytiharkan semua aset termasuk saham dan sebagainya.

“Saya berpuas hati dengan keputusan mereka itu dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mokhzani dan Mirzan telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM juga dilaporkan telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkaitan yang dinamakan dalam laporan Kertas Pandora, juga Kertas Panama.

Sebelum ini juga, Mirzan dan Mokhzani telah diserahkan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang menghendaki mereka mengisytiharkan semua aset milik mereka.

Pada masa sama, kedua-dua mereka turut mengeluarkan kenyataan media bagi memohon semua pihak agar bersabar dan memhami situasi mereka bagi mengumpulkan maklumat berkenaan aset yang dimiliki selama 43 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya