NHH perkukuh reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan

NHH perkukuh reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan perubatan

AHMAD Fuzi Abdul Razak (tengah) dan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Mukriz (dua dari kanan) ketika merasmikan Northern Heart Hospital (NHH), George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penubuhan Northern Heart Hospital (NHH) yang merupakan hospital pakar jantung dan vaskular pertama di Pulau Pinang dan wilayah utara dijangka dapat memperkukuh reputasi negeri ini sebagai destinasi utama pelancongan perubatan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, pembukaan hospital itu juga adalah satu langkah penting dalam menangani penyakit kardiovaskular yang menjadi punca utama kematian di negara ini ketika ini.

Katanya, dengan menggabungkan kepakaran perubatan terkini beserta layanan mesra, NHH juga mampu menarik pesakit dari seluruh rantau ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab penjagaan kesihatan di Asia Tenggara.

“Hospital ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan Pulau Pinang dalam menyediakan rawatan kepada kes jantung yang kompleks, tetapi juga memperkukuh reputasi negeri ini sebagai destinasi utama pelancongan perubatan.

“Dengan adanya NHH, sektor pelancongan perubatan dijangka terus berkembang, memenuhi permintaan tinggi daripada pesakit serantau seperti dari Indonesia, Singapura, dan Thailand,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian NHH di sini, hari ini.

Hadir merasmikan NHH ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Turut hadir Pengerusi NHH, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Mukriz.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NHH, Kelen Leong berkata, NHH dilengkapi dengan Dewan Bedah Hibrid pertama di wilayah utara serta teknologi diagnostik dan rawatan invasif minimum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya