Neelofa sangkal dakwaan sedang berbadan dua - Utusan Malaysia

Neelofa sangkal dakwaan sedang berbadan dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bukan hamil, perut ‘berisi’ tomyam dan ikan stim limau.”

Demikian kata selebriti terkenal, Neelofa yang menyangkal dakwaan dirinya kini sedang berbadan dua.

Neelofa memberikan kenyataan berikut susulan salah seorang pengikutnya meninggalkan komen di sebuah perkongsiannya dan mendakwa dia sedang hamil anak ketiga.

“Giliran Abbas jadi abang pula ke? Tengok macam Neelofa tengah ‘berisi’ saja,” komen salah seorang pengikutnya.

Tenang memberikan respons sedemikian, bekas pengacara Meletop itu secara tidak langsung telah meleraikan spekulasi orang ramai yang mendakwa dirinya bakal menimang cahaya mata sekali lagi.

Sebelum ini, Neelofa pernah beberapa kali didakwa sedang berbadan dua selepas melihat perubahan fizikal ibu kepada dua cahaya mata itu.

Untuk info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pendakwah selebriti, Haris Ismail yang mesra disapa sebagai PU Riz, pada 26 Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya