Naz dan Sissy Iman menepati kriteria pengacara AJL - Alif Satar - Utusan Malaysia

Naz dan Sissy Iman menepati kriteria pengacara AJL – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Alif Satar berharap peminat dan pengikut  Anugerah Juara Lagu (AJL) agar memberi peluang kepada Nazrudin Habibur Rahman atau Naz dan Sissy Iman untuk membuktikan kemampuan mereka mengacarakan anugerah berprestij tersebut.

Alif yang pernah mengendalikan AJL sebelum ini berpandangan dua pasangan hos tersebut adalah pilihan tepat yang mampu menghidupkan anugerah berkenaan seperti mana yang dilakukan hos-hos terdahulu.

“Naz merupakan hos yang saya sendiri teladani gaya pengacaraannya yang lucu, formal dan tersendiri manakala Sissy sangat berbakat dan berpengetahuan dalam muzik apatah lagi pandai bermain gitar dan piano.

“Jadi saya merasakan mereka ini menepati kriteria bergelar pengacara AJL kerana saya yakin mereka ada ciri eksklusif dan mampu membuatkan penonton rasa lebih santai menonton acara itu nanti.

“Jadi saya harap mereka diberi peluang. Pada pandangan saya mereka mampu membuat penonton terhibur,” katanya selepas konsert One In A Million Semalam.

Alif diminta mengulas mengenai pemilihan Naz dan Sissy selaku pengacara AJL39 yang menerima kritikan netizen yang merasakan keduanya masih belum layak untuk diangkat sebagai pengacara anugerah berkenaan.

Berkongsi pandangan mengenai penerimaan masyarakat, Alif juga berharap Naz dan Sissy bertenang meskipun terpaksa berhadapan penolakan netizen.

“Ramai juga yang tidak berpuas hati ketika saya mula-mula menjadi pengacara satu ketika dahulu. Tapi saya anggap itu sebagai lumrah dalam dunia seni.

“Apa pun saya yakin Sissy dapat mengendalikan acara tersebut dengan baik apatah lagi dia berpasangan dengan pengacara bijak dan berpengalaman seperti Naz. Saya doakan mereka berjaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya