Natasha dahulukan sejarah berbanding imbuhan

Natasha dahulukan sejarah berbanding imbuhan

NATASHA Roslan bergambar bersama keluarga selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Atlet tenpin boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menegaskan mencipta sejarah dan memburu gelaran dalam kariernya lebih bermakna daripada mengejar imbuhan wang tunai.

Pemain berusia 29 tahun yang meraih pingat emas individu wanita di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 minggu lalu itu, mengakui setiap atlet mengimpikan kejuaraan di pentas tertinggi.

Kata Natasha, kejayaan seperti itu memerlukan kerja keras dan dedikasi tanpa mengenal lelah untuk meletakkan nama dalam senarai pemain boling terbaik dunia.

“Bagi saya, gelaran lebih penting kerana mencipta sejarah bukan sesuatu yang mudah. Kalau dapat ganjaran Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) itu, saya anggap ianya satu bonus, tetapi gelaran itu tetap jadi keutamaan saya.

“Saya masih belum puas. Ada banyak lagi sasaran yang ingin saya capai, termasuk kemenangan di PWBA (Persatuan Boling Wanita Profesional), emas Sukan Asia, dan beberapa kejohanan besar lain,” kata Natasha.

Terdahulu, Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Mohd Najeeb Abdullah memaklumkan badan induk berkenaan akan cuba mencari jalan untuk memberi penghargaan kepada atlet yang mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan berkenaan.

Mohd. Najeeb juga meluahkan rasa terkilan berikutan tiada insentif SHAKAM dan baginya kejayaan atlet boling di pentas dunia dengan membawa pulang pingat emas harus dihargai.

“Ini sesuatu yang sedih juga (tiada SHAKAM), namun kita akan berusaha untuk menghargai pengorbanan atlet kita ini hasil kejayaan itu dengan mengadakan sesuatu,” kata Najeeb.

Untuk rekod, kontinjen Malaysia berjaya meraih dua pingat emas menerusi Natasha dan pasukan lelaki, selain satu perak hasil sumbangan juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya