‘Nantikan surat dari saya’

‘Nantikan surat dari saya’

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, yang secara salah menyebutnya anak pengasas sebuah syarikat besar.

Hannah berkata, tindakan undang-undang akan diambil  walaupun Razman sudah memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

“Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” katanya dalam akaun X hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Hannah sebagai anak kepada pemilik syarikat terkenal.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol Perak turut memohon maaf kepada Hannah dan kumpulan syarikat atas kesilapannya itu.

“Saya mengakui kesilapan fakta, saya akui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN