Najib pun buat perkara sama - Mandeep

Najib pun buat perkara sama – Mandeep

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menemplak sindiran anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mengenai perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri itu.

Bekas setiausaha jawatankuasa Bersih, Mandeep Singh berkata, tindakan kerajaan mengenakan sekatan jalan di Putrajaya adalah kaedah yang sama digunakan oleh Najib untuk menghalang demonstrasi yang semasa era pemerintahan beliau.

“Mungkin kamu lupa, semasa kamu bermewahan di KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur), kami (peserta perhimpunan Bersih) ditahan pada malam sebelum perhimpunan kerana bapa kamu takut dengan rancangan protes di Kuala Lumpur,” katanya menerusi satu ciapan di X.

Terdahulu, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana menyindir Pakatan Harapan (PH) yang sedang mentadbir kerajaan kerana menghalang peserta perhimpunan solidariti untuk berhimpun.

Yana mempersoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sekatan jalan di Putrajaya sekali gus menghalang penyokong Najib untuk berhimpun di Istana Kehakiman.

Dalam pada itu, Mandeep berkata, beliau tidak menyokong tindakan PDRM mengadakan sekatan jalan di Putrajaya.

“Saya sentiasa menyokong kebebasan berhimpun yang merupakan hak asasi setiap warganegara seperti yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengkritik perhimpunan solidariti yang diadakan untuk bekas Presiden UMNO itu.

“Saya tidak menyokong perhimpunan esok (hari ini), Najib mesti menjalani baki hukuman di Kajang. Najib tetap seorang penjenayah yang telah disabitkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN