Naik bas percuma ke Bukit Bendera bermula Tahun Baharu Cina

Naik bas percuma ke Bukit Bendera bermula Tahun Baharu Cina

PERBADANAN Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dan Rapid Bus bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera, Pulau Pinang selama lima hari bermula 29 Januari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pengunjung yang ingin ke Bukit Bendera sempena cuti sekolah ini berpeluang berbuat demikian dengan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma bermula 29 Januari ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan selama lima hari itu disediakan oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Bus Sdn. Bhd.

Menurut PBBPP, objektif utama inisiatif itu ialah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Bukit Bendera khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina yang juga jatuh pada 29 Januari ini.

“Ia (penggunaan bas ulang-alik itu) juga menggalakkan inisiatif hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon di Pulau Pinang yang selari dengan Visi Penang 2030 iaitu untuk mewujudkan Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya di sini, hari ini.

Perkhidmatan bas ulang-alik percuma yang ditawarkan buat kali keenam sejak 2023 yang akan berakhir pada 2 Februari itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 9 malam dengan kekerapan lapan perjalanan setiap hari untuk kedua-dua arah bagi tempoh setiap satu jam setengah.

Sementara itu katanya, penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik itu di hentian bas 9 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang terletak di Jalan Ria iaitu laluan bawah bersebelahan kiosk Rapid Penang untuk sampai ke Stesen Bawah Bukit Bendera.

“Perkhidmatan bas ulang-alik ini mesra kerusi roda bagi penumpang dengan keperluan kebolehcapaian tertentu dan ia juga mudah dikenal pasti kerana ia akan ditanda sebagai ‘Penang Hill Free Shuttle Service’.

“Selain itu, tempat untuk mengambil (pick-up) dan menurunkan (drop-off) penumpang juga akan menampilkan visual yang berbeza bagi memudahkan ia dikenali,” katanya.

Tambah PBBPP, jadual waktu penuh untuk perkhidmatan bas ulang-alik itu boleh didapati di laman sesawang rasmi PBBPP atau menerusi platform media sosial yang berkaitan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya