Nadeera Zaini tak mahu dikaitkan dengan Aina? - Utusan Malaysia

Nadeera Zaini tak mahu dikaitkan dengan Aina?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga ada dengar dingin’ yang berlaku antara penyanyi bersuara lantang, Nadeera dan Aina Abdul sebelum ini.

Tetapi ingatkan sekadar khabar angin, rupa-rupanya memang betul.

Itu apa yang dicanang orang dalam industri hiburan inilah.

Cik Bunga dengar sejak Nadeera sudah mula mencipta populariti ini, ramai yang mula hendak mencuit cerita lamanya berseteru dengan Aina yang sebelum ini pernah menjadi rakan serumahnya
sebelum bergelar penyanyi kelas A sekarang.

Sebenarnya, punca perbalahan antara mereka ini pun membuatkan Cik Bunga keliru.

Tidak tahu mana satu yang betul, macam banyak pula versi kisah daripada banyak mulut yang
bercerita.

Ada yang kata sebab iri hatilah, sebab lagu Emas lah, sebab penguruslah, mana satu ini?

Kemudian, kononnya disebabkan perang dingin yang berlaku, sumber beritahu Cik Bunga, Nadeera sehingga kini memang bertegas tidak mahu dikaitkan dengan Aina dalam apa-apa hal sekali pun.

Pendek kata, tak payah cuba-cuba sebut nama Aina dengannya, takut hanya mengeruhkan keadaan pula nanti. Ibaratnya, tolong jangan salah bual!

Entahlah, ini apa yang orang sampaikan pada Cik Bungalah, tak tahulah kalau sebenarnya Nadeera
tidak pernah pula buat begitu dan kekal profesional bukan.

Cik Bunga tahu tak layak untuk menasihatkan mereka segera berbaik sebab entah apa yang digaduhkan itu kita pun tidak pasti.

Kes beratkah, kes biasakah, tidak tahu. Cuma sayang juga andai perbalahan ini tidak dibaiki segera.

Sayang sebab kedua-dua mereka macam kembar juga dari segi nada suara.

Dua-dua bervokal tinggi dan lantang, bayangkan kalau Aina dan Nadeera sama-sama berkongsi pentas dan duet, memang gempak persembahan mereka Cik Bunga rasa.

Tetapi itulah, mungkin kita boleh bayangkan sahajalah ya buat masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya