Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11

Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11

MUSA Aman melafaz sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 di Istana Seri Kinabalu, semalam. – IHSAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tun Musa Aman melafazkan sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 kira-kira pukul 10.22 pagi di Istana Seri Kinabalu, semalam.

Beliau turut menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri yang baharu bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan perkhidmatannya semalam. Juhar berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri selama 13 tahun sejak dilantik pada 2011.

Musa,73, menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripa­da Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 17 Disember tahun lalu.

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Turut hadir pada istiadat lafaz sumpah itu adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta Speaker Dewan Undangan Nege­ri, Datuk Seri Kadzim M Yahya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya