Muip salurkan RM3 juta bantu asnaf beli kelengkapan sekolah

Muip salurkan RM3 juta bantu asnaf beli kelengkapan sekolah

SEORANG penerima asnaf membuat pembayaran bantuan kelengkapan sekolah yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan di Pasaraya Borong Sakan di Gambang, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan RM3 juta bagi membantu 20,000 orang anak-anak asnaf dan fakir miskin di negeri ini membeli kelengkapan untuk sesi persekolahan baharu 2025.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, jumlah penerima sumbangan berkenaan meningkat 100 peratus berbanding tahun lalu. 

“Tahun lalu kita hanya sediakan RM1.5 juta dan tahun ini memandangkan ada peningkatan bilangan golongan asnaf fakir untuk persediaan persekolahan jadi kita tingkatkan sekali ganda.

“Bantuan adalah berbentuk baucar yang mana dikreditkan melalui kad pengenalan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) di Pahang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bantuan Agihan Zakat Peralatan Persekolahan 2025 di Pasaraya Borong Sakan di Gambang di sini semalam.

Dr. Asmadi berkata, Muip menyediakan bantuan berjumlah RM200 bagi setiap anak-anak asnaf yang bersekolah rendah dan menengah manakala prasekolah menerima RM150.

Katanya, setiap penerima bantuan diwajibkan membuat penebusan kelengkapan persekolahan termasuk pakaian sekolah di pasar raya Sakan yang berada di seluruh negeri ini. 

Katanya, permohonan bantuan itu boleh dibuat sehingga 15 Februari ini manakala penebusan bagi bantuan kelengkapan peralatan persekolahan sehingga 31 Mac ini.

“Bagi sudah berdaftar, mereka boleh terus tebus atau boleh tunggu sehingga menerima tawaran sekolah,” katanya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya