Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum cakap 

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum cakap 

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada khalayak umum.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada arahan melarang mana-mana pemimpin parti komponen itu bersuara, namun langkah itu bagi mengelak masalah yang tidak diingini.

“Tiada perkara seperti arahan larangan bersuara, tetapi saya mengharapkan ahli memastikan bahawa apabila mereka bercakap, mereka menyemak fakta terlebih dahulu dan (kenyataan itu) tidak sepatutnya menimbulkan masalah yang tidak perlu.

“Saya tidak memihak kepada sesiapa. Tambahan, dalam musim Tahun Baharu Cina ini, kita perlu menekankan perpaduan nasional dan pemahaman yang lebih baik antara kaum di Malaysia.

“Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia kembali bersatu dan negara ini adalah untuk semua. Selagi kita warganegara Malaysia, kita harus menghormati sentimen satu sama lain. Ini adalah cerminan Perikatan bahawa kita adalah masyarakat berbilang kaum,” kata Muhyiddin ketika sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Kuala Lumpur.

Ia susulan kenyataan terbaharu dibuat Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mencetuskan kontroversi apabila membabitkan beliau sebagai anak kepada Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay.

Bagaimanapun, kemudiannya Razman membuat permohonan maaf kepada Hannah selain mendakwa videonya yang tular itu telah disunting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya