MRSM: Pendaftaran pelajar baharu bermula 19 Februari

MRSM: Pendaftaran pelajar baharu bermula 19 Februari

ASYRAF Wajdi ketika sidang media Pengumuman Keputusan Tawaran Kemasukan ke MRSM Sesi 2025, di sini hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendaftaran pelajar baharu bagi kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dijadualkan bermula pada 19 Februari 2025 iaitu tiga hari selepas sesi sekolah bermula.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tarikh itu ditetapkan selepas mengambil kira maklum balas ibu bapa pada kemasukan tahun lalu.

Katanya, ruang selama tiga hari diberikan terutama kepada ibu bapa yang mempunyai beberapa anak untuk didaftarkan pada sesi kemasukan sekolah akan datang.

“Pendaftaran pelajar baharu dijadualkan bermula pada 19 Februari, maknanya tiga hari selepas pembukaan sekolah.

“Ramai ibu bapa bagi maklum balas berselisih dengan hari pertama untuk hantar anak pergi sekolah. Jadi kita ambil kira pandangan-pandangan tersebut sebab itu kali ini kita bagi ruang hari yang ketiga,” katanya ketika sidang media Pengumuman Keputusan Tawaran Kemasukan ke MRSM Sesi 2025.

Dalam pada itu, tambah Asyraf Wajdi, pemohon berjaya daripada keluarga berpendapatan rendah juga diminta untuk tidak menolak tawaran.

Katanya, pelajar hanya perlu menghubungi pihak MRSM terlibat dan inisiatif bantuan akan diusahakan bagi pelajar yang memerlukan.

“Saya ingin menekankan juga agar pelajar-pelajar yang berjaya, kalau ada masalah daripada segi kewangan, saya amat-amat berharap jangan sekali-kali menolak tawaran.

“Kita telah pun memberikan arahan kepada semua MRSM agar memastikan pelajar-pelajar yang kita tawarkan ini, kalau ada masalah kewangan untuk terima mereka dulu dan kita akan cari jalan untuk bantu mereka.

“Yang penting saya tidak mahu sesiapa pun di kalangan tidak berkemampuan, luar bandar, terkandas ataupun tidak dapat masuk ke MRSM hanya kerana faktor kemiskinan dan masalah bebanan kos tanggungan, jangan jadikan itu sebagai alasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya