PETALING JAYA: Sabah kini bersedia menjadi antara destinasi utama untuk pelancong antarabangsa terutama menjelang sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sabah Tourism dalam satu kenyataan berkata, setakat ini beberapa program telah disusun tahun ini sebagai sebahagian langkah bagi mengetengahkan potensi negeri berkenaan.
Katanya, antara program yang bakal diadakan termasuk Mount Kinabalu International Climbathon yang acara utama dalam kalendar acara di negeri berkenaan.
“Dijadualkan pada Oktober 2025, perlumbaan Climbathon ini meliputi jarak sejauh 26 kilometer dengan sebahagian besar melibatkan pendakian dan penurunan curam di kawasan sukar.
“Acara ini terbuka kepada atlet elit dan pelari amatur dari seluruh dunia yang mencari cabaran yang unik dan tidak dapat dilupakan,” katanya dalam semalam.
Sebagai rekod, Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu yang dihentikan pada 2018, kembali untuk edisi ke-32 tahun ini.
Dalam kejohanan sebelum ini, lebih 200 peserta dari 17 negara menyahut perlumbaan di kawasan altitud tinggi itu.
Mengulas lanjut, Sabah Tourism berkata, pihak turut mengenal pasti beberapa program lain yang berpotensi menjadi tarikan pelancong asing ke Malaysia.
“Antaranya Semporna Regatta Lepa yang diadakan di Semporna, Sabah.
“Regatta Lepa adalah pameran warisan maritim, kesenian budaya dan semangat komuniti yang bertenaga di mana kemuncak yang paling menakjubkan ialah perarakan perahu lepa yang direka dengan indah dan berwarna-warni,” katanya. – UTUSAN