MOTAC siasat agensi umrah, arah tunaikan tempahan, henti promosi baharu

MOTAC siasat agensi umrah, arah tunaikan tempahan, henti promosi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, baru-baru ini.

MOTAC dalam kenyataan berkata, syarikat berkenaan disaran menunaikan tempahan jemaah yang telah membuat bayaran penuh dan menerbangkan mereka mengikut jadual penerbangan seperti dipersetujui.

“Bagi yang memohon pembatalan pakej umrah pula, syarikat berkenaan diminta memulangkan wang kepada jemaah yang berbuat demikian.

“Buat masa ini, syarikat telah dinasihati agar tidak mengambil tempahan daripada jemaah umrah baharu sehingga menyelesaikan semua tempahan terdahulu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, MOTAC menasihati jemaah yang terbabit membuat laporan polis dan membuat aduan rasmi kepada MOTAC melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) untuk membantu siasatan dan membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

MOTAC turut mengingatkan syarikat pelancongan yang terbabit dengan pakej umrah supaya jujur dan telus dalam melaksanakan perniagaan.
“Isu seperti kegagalan menerbangkan jemaah mengikut perancangan asal dan kegagalan memulangkan wang apabila berlaku perubahan akan menjejaskan industri berkenaan.

“Ini bukan sahaja akan mencemarkan imej industri tetapi juga membawa kepada kehilangan keyakinan dalam kalangan jemaah untuk memilih syarikat pelancongan berlesen tempatan untuk menunaikan umrah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke Tanah Suci namun ditunda syarikat pengendali umrah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya