MOT nilai semula penggunaan kenderaan 'rebuilt'

MOT nilai semula penggunaan kenderaan ‘rebuilt’

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menilai semula dasar pendaftaran dan penggunaan kenderaan ‘rebuilt’ bagi memastikan hanya kenderaan berat yang mempunyai integriti, keselematan dan kualiti terbaik dibenarkan berada di atas jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sehubungan itu, MOT akan bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menilai semula secara menyeluruh mengenai dasar tersebut.

“Kenderaan rebuilt ini maksudnya komponen-komponen terpakai, mungkin bahagian enjin, casis atau brek kenderaan yang diimport daripada negara luar, kemudian dipasang semula dan dikira (didaftarkan) seperti kenderaan baharu di atas jalan raya.

“Jadi, isu kenderaan rebuilt itu sendiri adalah suatu isu yang besar. Sebab itu ia memerlukan tindakan secara bersepadu supaya kita dapat mengubah industri tersebut.

“Dan ini merupakan antara perubahan-perubahan besar dalam dasar yang kita harap dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kenderaan rebuilt juga bukan lah sebuah kenderaan baharu yang disahkan oleh pengeluar.

Ini kerana, katanya, kenderaan tersebut menggunakan komponen-komponen terpakai yang dipasang semula, sekali gus mempunyai risiko keselamatan.

“Itu yang kita tidak tahu, mungkin ini merupakan salah satu punca kepada kenderaan berat tidak selamat atas jalan raya,” katanya.

Loke berkata, berdasarkan data JPJ sehingga 15 Ogos 2024, terdapat sebanyak 145,836 unit kenderaan rebuilt yang berstatus aktif dan 38,000 unit berstatus tidak aktif direkodkan.

Sementara itu, Loke berkata, MOT akan mempertingkat aspek perundangan termasuk keperluan pindaan dan penambahbaikan terhadap undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan1987
[Akta 334]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya