Mohamad Sabu beri jaminan selesai isu padi

Mohamad Sabu beri jaminan selesai isu padi

ANTARA pesawah hadir mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Wisma Tani Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan untuk ‘turun padang’ bagi menilai sendiri isu padi.

Dalam satu jawapan ringkas kepada media, beliau akan mengambil tanggungjawab untuk mengadakan libat urus dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Kelantan (KADA) bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan.

“Saya akan ambil tanggungjawab ‘turun’ ke MADA dan KADA serta tempat-tempat lain yang berkaitan untuk libat urus secara berterusan dengan para penanam padi,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, kira-kira 500 pesawah hadir mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Wisma Tani di sini hari ini yang sebelum itu menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri berhubung dua tuntutan melibatkan isu harga lantai padi dan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman.

Sementara itu, Pengerusi Pesawah, Abdul Rashid Yob berkata, sebahagian besar pesawah di Jitra, Kedah hanya memperoleh pendapatan bersih iaitu RM391 sehektar dan secara purata, mereka cuma meraih kira-kira RM2,346 sehektar untuk tempoh satu musim iaitu enam bulan namun ditolak kos pengeluaran pula mencecah RM1,921.

Katanya, angka itu adalah berdasarkan harga lantai lama RM1,300 bagi setiap tan beras mengakibatkan ramai kalangan mereka tertekan kerana terpaksa menanggung kerugian besar.

“Antara kos yang perlu dikira ialah upah untuk racun rumpai, mesin rumput batas, traktor beluh balas palang, baja, dron, benih dan sewaan jentera penuaian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya