Angkasa Model koperasi sekolah diperkenal

Model koperasi sekolah diperkenal

PELAJAR yang terlibat dalam majlis graduasi SPM 2024 Sekolah Menengah Padang Tengku , Maran baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad ( Angkasa) baru-baru ini memperkenalkan model koperasi sekolah kepada negara Asia Pasifik, negara Afrika dan Eropah sempena Internasional Global Cooperative Alliance ( ICA) 2024 di New Delhi, India.

Presiden Angkasa Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa diberi ruang khas bagi membentangkan model koperasi sekolah Malaysia yang mula diterima pakai di beberapa buah negara ASEAN.

“Saya dan anggota lembaga Angkasa merangkap Ahli Lembaga ICA (Ikatan Koperasi Antarabangsa), membentangkan model koperasi sekolah Malaysia. Pembentangan kertas kerja itu mengupas bagaimana koperasi sekolah mengurus koperasi yang memberi manfaat ekonomi kepada sekolah dan melahirkan bakal usahawan muda,

“Walaupun banyak negara sudah ada menubuhkan koperasi sekolah tetapi model koperasi Malaysia dilihat lebih ideal dan menjadi rujukan beberapa negara antaranya Kemboja, Filipina, Thailand, Indonesia dan negara Asia Pasifik.

Beliau yang juga Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik ( ICA-AP) berkata demikian kepada Utusan Pelajar selepas Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Padang Tengku Maran, baru- baru ini.

Dalam persidangan itu, turut diadakan pelancaran Hari Koperasi Antarabangsa 2025 anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) yang dirasmikan Perdana Menteri India India, Narendra Modi.

Abdul Fattah berkata, budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah perlu digiatkan melalui koperasi bagi melahirkan negara keusahawanan pada tahun 2030.

Katanya, koperasi menjadi wadah kepada pembentukan jati diri generasi muda yang bertanggungjawab dan berdaya saing sekali gus menyediakan platform pembelajaran praktikal dalam bidang keusahawanan koperasi.

“Statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga Jun 2024 menunjukkan terdapat 2,499 koperasi sekolah seluruh negara dengan keanggotaan seramai 2.09 juta individu. Syer sebanyak RM30.47 juta, aset RM469.56 juta dan perolehan sebanyak RM430.42 juta,” katanya.

Abdul Fattah berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) dapat memainkan peranan aktif bagi membantu koperasi sekolah berkembang maju dan memperoleh perolehan yang lebih tinggi.

“Sehingga kini sebanyak 35 koperasi sekolah telah mencapai perolehan RM1 juta iaitu tiga di Pahang dan satu antaranya telah mencapai RM2 juta.

Kata beliau, angka tersebut menunjukkan biar pun berada di peringkat sekolah, namun melalui kepimpinan yang baik, koperasi sekolah boleh turut membantu meningkatkan sosioekonomi warga sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN