Miliki 30 ekor kucing, Aisha Retno tidak berkira dengan si bulu - Utusan Malaysia

Miliki 30 ekor kucing, Aisha Retno tidak berkira dengan si bulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI pencinta kucing semestinya memerlukan banyak pengorbanan terutamanya dari segi tenaga dan kewangan. 

Mana tidaknya, kos perbelanjaan ‘majikan’ yang comel itu sahaja boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Namun, tidak pelik juga sekiranya ada yang sanggup berbelanja lebih demi ‘si bulu’ yang dibelanya kerana sedikit sebanyak kehadiran haiwan itu mampu mewarnai kehidupan si pembela. 

Seperti pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, minatnya terhadap si bulu sejak kecil membuatkan dirinya sudah membela lebih 30 ekor kucing di rumahnya.  

“Saya suka bela kucing. Sepatutnya ada 40 ekor, lepas sudah beri pada orang, kini kucing saya tinggal 30 ekor saja. Saya banyak luangkan masa dengan kucing-kucing itu, jika tiada sebarang komitmen kerja. 

“Saya mula bela kucing sejak kecil lagi. Tetapi yang betul-betul membela terutama baka yang sama dari usia 15 tahun,” katanya kepada Pancaindera. 

Kata penyanyi yang berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa itu, dia mempunyai sekitar lima baka kucing termasuklah kucing jalanan yang dipungut dan dijaga dengan baik di rumahnya. 

“Kebanyakan kucing yang saya ada adalah kucing angkat. Sebenarnya, bukan saya ambil daripada ‘adoption centre’ sahaja. Pada awalnya, kucing saya hanya ada dua ekor kucing tapi mereka membiak selepas saya senyawakan dengan kucing kawan-kawan. 

“Kesemua kucing yang saya ada hanya duduk di rumah sahaja. Selepas membiak, rumah saya sudah seperti zoo mini. 

“Saya siap ada sebuah bilik yang sederhana untuk tempatkan mereka. Saya ada dalam lima baka iaitu parsi, short hair, british short hair, scottish fold dan ada juga kucing jalanan yang dipungut,” jelasnya. 

Ditanya sama ada dirinya berdepan dengan cabaran, Aisha mengakui mempunyai limitasi dari segi kewangan kerana perlu berbelanja bijak demi membesarkan haiwan itu dengan sihat. 

Kata Aisha, paling kurang dia perlu berbelanja sebanyak RM2,000 sebulan demi menyediakan keperluan lengkap untuk kesemua kucing yang dibelanya termasuklah kos makanan, perubatan dan sebagainya. 

“Sudah tentu mencabar terutamanya dari segi kewangan untuk sediakan keperluan mereka, selaraskan susun atur tempat mereka dan menjaga kebersihan. Tetapi, kalau kita sudah suka perkara itu telah dikaburi demi anak bulu. 

“Dalam sebulan kami akan berhabis dalam RM2,000 selepas cuba berjimat sebaik mungkin. Ini kerana perbelanjaannya saja sudah sama seperti harga sebuah rumah sewa. 

“Tetapi, kalau tiba musim kucing kurang sihat kebiasaannya perbelanjaan itu akan cecah RM5,000. Perbelanjaan itu memang termasuk dengan makan, kesihatan dan keperluan lain,” jelasnya. 

Tidak berkira dengan si bulunya, Aisha mengakui memiliki kucing yang banyak menjadi terapi buatnya untuk menghilangkan segala penat lelah selepas bekerja lebih-lebih lagi ketika melalui fasa mencabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya