Met Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak

Met Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, terdapat dua kategori amaran hujan berterusan yang dikeluarkan iaitu amaran hujan berterusan tahap buruk dan amaran hujan berterusan tahap waspada.

“Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

“Selain itu, hujan lebat berterusan tahap waspada diramal berlaku di Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song) sehingga hari ini,” katanya.

Orang ramai, khususnya yang berada di kawasan terlibat, dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan seperti banjir kilat, tanah runtuh, dan peningkatan paras air sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN