Met Malaysia keluar amaran hujan tiga tahap di Sarawak,Sabah

Met Malaysia keluar amaran hujan tiga tahap di Sarawak,Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, terdapat tiga kategori amaran hujan berterusan yang dikeluarkan iaitu amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada.

Katanya, hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

“Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri manakala di Sabah ialah di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Bagi tahap waspada pula berlaku di Sabah di Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya