Merokok: 7,578 notis kesalahan di Terengganu

Merokok: 7,578 notis kesalahan di Terengganu

PENGUATKUASA Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjalankan Op Gomo Rokok di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan sebanyak 7,578 notis kesalahan bernilai RM1.6 juta di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, Kemaman merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,247 diikuti Kuala Terengganu sebanyak 1,058 kes.

“Marang pula merekodkan sebanyak 950 kes diikuti Hulu Terengganu (938 kes), Setiu (924 kes), Dungun (921 kes), Kuala Nerus (787 kes) dan Besut (760 kes). Semua kesalahan ini dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan di lebih 26,951 premis di seluruh Terengganu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kasemani berkata, Op Gomo Asap yang dilakukan sepanjang tahun memfokuskan Kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) serta lokasi larangan lain. 

Katanya, sebanyak 669 notis kesalahan Peraturan 13(1) dikeluarkan kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang merokok.

“Jumlah ini meningkat  berbanding 618 kesalahan sama yang direkodkan pada 2023. Selain itu, sebanyak 639 item pelbagai jenama rokok turut disita dengan nilai RM 4346.10 atas pelbagai kesalahan antaranya penjualan rokok di bawah harga minimum RM12 ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, melalui Op Cakna untuk membanteras penjualan rokok elektronik (vape) pula, sebanyak 1,501 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang tahun lalu.

“Sesi advokasi dijalankan di lebih 3,000 premis dan anggota penguat kuasa JKNT kini fokus kepada pemantauan Op Cakna Akta 852 untuk membanteras penjualan vape secara terbuka,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya