Mercun tanpa permit bernilai lebih RM25,000 dirampas - Utusan Malaysia

Mercun tanpa permit bernilai lebih RM25,000 dirampas

MERCUN tanpa permit yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Sitiawan semalam. - UTUSAN/IHSAN PPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pasukan Polis Marin (PPM) Perak merampas pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Sitiawan, dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berhubung kes itu.

Menurutnya, terdapat 20 jenama mercun dalam lebih 20 kotak ditemui di tingkat bawah premis tersebut.

“Nilai rampasan keseluruhan ialah RM25,150 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan oleh Unit Risikan Marin PPM Kampung Acheh di sini di bawah Op Taring Landai Musim Perayaan Siri 01/25.

Katanya, keseluruhan barang rampasan kemudian diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya