Menteri akui wujud sindiket tawar pelekat ‘ajaib’

Menteri akui wujud sindiket tawar pelekat ‘ajaib’

ANTHONY semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Teater LogTech dan TalentBridge di Universiti Malaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengakui kewujudan pelbagai sindiket yang cuba mencari ruang bagi mengelak daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan undang-undang khususnya di jalan raya.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan risikan awal terlebih dahulu untuk mendapatkan bukti kukuh kerana ia melibatkan integriti pasukan penguat kuasa sendiri sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut mengakui isu-isu seumpama itu menjadi cabaran besar dalam penguatkuasaan menangani kes kesalahan jalan raya khususnya melibatkan kenderaan berat.

“Memang kita tahu bahawa ada pihak sindiket-sindiket ini, dia cuba mencari ruang bagaimana untuk mengelak da­ripada unsur-unsur penguasaan kita.

“Kalau ada isu-isu seperti ini yang memang kita tahu bahawa dia perlu dicegah, maklumat-maklumat seperti ini akan kita terus dipantau.

“Memang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pun ada unit perisikan dan memang kita akan sentiasa membuat perisikan seterusnya bekerjasama dengan SPRM,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Teater LogTech dan Ta­lentBridge di Universiti Malaya, semalam.

Loke berkata, MOT sedang memperkenalkan penggunaan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi mening­katkan keberkesanan penguatkuasaan.

Katanya, kementerian bakal memperkenalkan sistem baharu yang akan memudahkan penguatkuasaan ke atas kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan iaitu Sistem High Speed – Weigh in Motion (HS-WIM).

“Melalui teknologi ini, tiada lagi keperluan untuk membawa kenderaan ke stesen penimbang kerana pengesanan boleh dilakukan terus di lokasi.

“Hal ini selaras dengan dasar diamalkan kementerian iaitu sifar toleransi dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melanggar undang-undang khusunya soal integriti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya