Meninggal dunia selepas sesak nafas ketika daki bukit - Utusan Malaysia

Meninggal dunia selepas sesak nafas ketika daki bukit

ANGGOTA bomba memberi bantuan kepada seorang lelaki yang mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Kledang di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Kledang di Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Mangsa, Law Chaw Ming, 54, dikatakan sesak nafas secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri sewaktu mendaki bukit tersebut bersama rakannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.06 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, sebelum ketibaan pasukan bomba, mangsa telah diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Menglembu.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba kemudian membantu membawa turun mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada pukul 4.33 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya