PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus mengukuhkan reputasinya sebagai perintis pembangunan bandar mampan apabila berjaya merangkul empat anugerah berprestij di
Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 (MIPPEA 24), anjuran Malaysian Institute of Planners (MIP).
Majlis berprestij ini telah berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025.
Pencapaian ini mengiktiraf kepimpinan cemerlang MBPJ dalam perancangan bandar, pembangunan mampan dan inovasi teknologi. Berikut adalah senarai empat anugerah yang telah diterima:
1. Bronze Award untuk kategori Placemaking and Public Space Award (Government Initiative) bagi projek Toy Library@Flora Damansara.
2. Silver Award untuk kategori Low Carbon Award (Building) bagi projek Perpustakaan Komuniti.
3. Gold Award untuk kategori Community Based Planning Award bagi projek Strategic Plan Entrepreneur.
4. Bronze Award untuk kategori Smart City Award (Smart System/Product) bagi projek From Online Billboard Applications to The Smart I-
Billboard System.
Anugerah ini telah diterima oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon yang diiringi oleh Timbalan Datuk Bandar, Aznan Hassan; Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Mohd Fauzi Maarop; Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Lee Lih Shyan, dan Pengarah Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan & Usahawan, Sharinaz Samsudin.
Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan MBPJ sebagai bandar raya contoh yang sentiasa komited dalam menggubal dasar dan melaksanakan inisiatif ke arah pembangunan bandar pintar dan mampan. MBPJ beriltizam untuk terus memperkasakan perkhidmatan yang cekap, inovatif dan berkesan bagi memenuhi jangkaan tinggi pemegang taruh serta penduduk di Petaling Jaya. – UTUSAN