MBPJ memacu transformasi bandar mesra usia

MBPJ memacu transformasi bandar mesra usia

mbpj
Mohamad Zahri Samingin turut hadiah kepada pemenang Pertandingan Reka Cipta Logo Age-Friendly City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Selangor kini berada dalam fasa peralihan demografi dengan populasi yang semakin menua dan diunjurkan mencapai status negeri ‘Super-Aged’ menjelang tahun 2040.

Mendepani cabaran ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan persekitaran mesra usia bagi memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat, khususnya warga emas.

Sebagai manifestasi komitmen ini, MBPJ mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Petaling Jaya WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities (GNAFCC)  bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ.

Rangkaian Global untuk Bandar dan Komuniti Mesra Usia (GNAFCC) telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2010 untuk menyatukan bandar, komuniti dan organisasi dari seluruh dunia dengan visi bersama iaitu menjadikan komuniti mereka tempat yang ideal untuk penuaan.

Sehingga kini, rangkaian ini mempunyai lebih 1,300 ahli dari 51 negara.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon, dalam ucapan beliau menyatakan bahawa penyertaan Petaling Jaya dalam GNAFCC mengukuhkan statusnya sebagai salah sebuah bandar raya terkehadapan di Malaysia yang proaktif dalam merancang strategi serta melaksanakan tindakan bagi memberi manfaat kepada komuniti warga emas.

“Sukacita untuk saya kongsikan bahawa MBPJ akan melaksanakan satu kajian penilaian asas berkaitan warga emas di Petaling Jaya. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif mengenai demografi dan kadar pertumbuhan warga emas selain meneliti aspek sosioekonomi, kesihatan dan kesejahteraan mereka.

“Kajian ini juga akan menilai tahap akses sedia ada terhadap perumahan, perkhidmatan kesihatan, kemudahan awam, serta program-program sokongan lain yang sememangnya diperlukan oleh golongan rentan ini,” katanya.

MBPJ telah melancarkan Pelan Tindakan Warga Emas 2030 pada 17 Mei 2024 yang memberi tumpuan kepada lima bidang fokus utama iaitu kesihatan, ekonomi, sosial dan keselamatan, pedidikan dan persekitaran.

MBPJ terus mengorak langkah dalam menyediakan kemudahan mesra usia serta  melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada kesihatan, keselamatan, penglibatan sosial, dan kesejahteraan warga emas.

Usaha ini seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Rancangan Selangor (RS-1) yang menekankan pendekatan menyeluruh untuk memperkasa golongan warga emas.

Komitmen ini turut disokong oleh blueprint Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdayatahan (PJSSR) 2030 di bawah tematik Bandar Inklusif.

Majlis ini turut menyaksikan Pelancaran Logo Petaling Jaya Age-Friendly City dan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Reka Cipta Logo Age-Friendly City yang bertujuan memupuk kesedaran di kalangan warga kerja MBPJ tentang pentingnya persekitaran yang mesra usia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya