Mayat wanita ditemukan peluk jasad bayi tepi jalan

Mayat wanita ditemukan peluk jasad bayi tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang lelaki terkejut apabila menemukan mayat seorang wanita yang memeluk bayi yang masih bertali pusat di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana di sini, hari ini.

Mayat dua beranak itu ditemukan lelaki yang melalui jalan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi dan kemudian terus memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Wanita itu ditemukan tidak bertudung serta memakai baju bercorak kotak-kotak, dipercayai warganegara Indonesia.

Siasatan lanjut turut meliputi pelbagai aspek, termasuk unsur jenayah, namun tiada tanda darah atau kecederaan lain pada mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee mengesahkan penemuan mayat dua beranak tersebut, namun enggan mengulas lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya