seorang lelaki terdampar dalam keadaan tidak sedarkan diri

Mayat lelaki tempatan tanpa identiti ditemukan di Pantai Desaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

iKOTA TINGGI: Mayat lelaki tempatan ditemukan terdampar di Pantai Desaru pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.30 pagi daripada orang ramai selepas melihat seorang lelaki terdampar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, mayat lelaki itu dipercayai berusia lingkungan 30 ke 40 tahun itu ditemukan tanpa pengenalan diri.

“Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Bandar Penawar dan anggota telah digerakkan untuk menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Mangsa seorang lelaki  berkulit putih
dipercayai warga tempatan berbangsa Cina ditemukan tanpa sebarang dokumen
pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Felda Sening di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal
dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan lemas di dalam air serta diklasifikasikan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Polis Kota Tinggi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa atau mempunyai ahli keluarga yang hilang untuk segera menghubungi pegawai penyiasat, Insp Asnalisz Zainal di talian (016-444 6871),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya