Mayat belum dikenal pasti, sampel DNA dirujuk Jabatan Kimia 

Mayat belum dikenal pasti, sampel DNA dirujuk Jabatan Kimia 

MOTOSIKAL berwarna hitam ditemukan berhampiran mayat seorang lelaki di Ladang Sayong Plantation Sdn Bhd di Kahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Mayat lelaki yang ditemukan berhampiran sebuah motosikal berwarna hitam di Blok 19B, Ladang Sayong Plantation Sdn Bhd di Kahang pada Khamis lalu masih belum dapat dikenal pasti identitinya. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sampel DNA mayat berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia di Johor Bahru dan Shah Alam Selangor. 

Katanya, pihak berkenaan akan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk merungkai pemilik tubuh yang ditemukan dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah motosikal yang bersabit dengan laporan bertarikh 15 Januari lalu.

“Pada masa ini tidak dapat disahkan identiti mangsa sehingga laporan DNA diperoleh daripada Jabatan Kimia,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sementara itu, keluarga lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit di Kahang pada pada 15 Januari tidak mahu mengulas sehingga pengesahan daripada pihak polis diperoleh. 

Untuk rekod, Lee Siew Hat, 73, yang tinggal di Taman Kahang Baru, Kahang dilaporkan hilang bersama motosikal ditunggang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17, Jalan Kluang – Kluang. 

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kemudiannya ditubuhkan pada 16 Januari sebelum ditutup pada 20 Januari selepas lima hari usaha mencari dijalankan. 

Pada 23 Januari, seorang warga asing yang bekerja memotong buah kelapa sawit di Blok 19B, Ladang Sayong Plantation Sdn Bhd di Kahang menemukan mayat seorang lelaki berhampiran sebuah motosikal yang bersabit dengan kehilangan lelaki warga emas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya