‘Masih belum ada maklumat, mohon doakan Hannani’ - Ibu 

‘Masih belum ada maklumat, mohon doakan Hannani’ – Ibu 

NURIN HANNANI (kiri) yang dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi sejak 27 Januari lalu ditemui selamat, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga Nurin Hannani Mohd Hafizi, 21, mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai keberadaan pelajar tersebut yang dilaporkan hilang sejak 27 Januari lalu.

Menurut ibunya, Noor Afzan Razak, keluarga masih menunggu kepulangan Hannani dan meminta agar rakyat Malaysia mendoakan anaknya itu pulang dengan selamat. 

“Setakat ini, masih belum ada sebarang informasi mengenai Hannani. Mohon doakan kami,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Hannani yang sedang melanjutkan pelajaran di National Institute of Technology (Kosen) Kure, Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang, Isnin lalu.  

Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pelajar berusia 21 tahun tersebut meninggalkan kampus dengan berpakaian uniform dan membawa beg galas.

Dalam pada itu, pihak kampus juga mengesahkan telah cuba menghubungi Hannani melalui aplikasi LINE, Messenger serta WhatsApp namun tidak berbalas. 

Pemeriksaan di bilik Hannani turut mengesahkan bahawa pelajar tersebut membawa pasport dan dompet bersamanya.

Sebarang maklumat berkenaan keberadaan Hannani boleh disalurkan kepada Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, PPL Tokyo, Encik Imran Yusof di talian +81 80-7561-8080 atau Puan Yang Munirah di talian +60 12-688 8364. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya