Mas Shherra dicari sahkan status anak angkat

Mas Shherra dicari sahkan status anak angkat

ASRIZUL Sumadi menunjukkan sijil kelahiran anak angkatnya yang kini berusia enam tahun di rumahnya di Taman Saujana, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pasangan suami isteri mencari seorang wanita yang menyerahkan bayinya kepada mereka selepas sehari dilahirkan di Johor Maternity Specialist, di sini enam tahun lalu.

Asrizul Sumadi, 40, berkata, wanita tersebut, Mas Shherra Arveena Noor Masri yang kini berusia 25 tahun itu diperlukan untuk membantu proses menyerahkan anak angkat secara sah di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, wanita berkenaan membantunya menguruskan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kluang sebelum meninggalkan bayi yang diberi nama Nadien Javier Asrizul Abdul Salam, 6, yang ketika itu berusia dua hari kepada mereka.

“Kira-kira lima hari selepas menyerahkan bayi itu kepada isteri saya, Noraishah Paimin, 35, wanita itu terus menghilangkan diri tanpa dapat dikesan dan dipercayai sudah mendirikan rumah tangga.

“Wanita itu pernah tinggal di Jalan Bunga Raya, Kampung Melayu, namun berpindah selepas kelahiran bayi pada 30 Julai 2019,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Anak angkat mereka itu akan memulakan sesi persekolahan dibuka hujung Februari ini dan wanita berkenaan amat diperlukan untuk menyelesaikan urusan penyerahan anak angkat secara sah di JKM kepada mereka

“Mereka yang mengenali wanita ini atau dia boleh berhubung dengan saya menerusi talian 012-7356758 untuk mengatur pertemuan bagi menguruskan hal-hal berkaitan di JKM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN