Maritim tahan vesel nelayan ceroboh zon perikanan secara haram

Maritim tahan vesel nelayan ceroboh zon perikanan secara haram

SEBUAH vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan kerana menangkap ikan di kawasan larangan iaitu di sekitar perairan Gertak Sanggul, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan kerana melanggar syarat sah lesen apabila didapati menangkap ikan di kawasan larangan iaitu di sekitar perairan Gertak Sanggul dekat sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, terdahulu, vesel itu berjaya dikesan oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang menjalankan rondaan rutin kira-kira pukul 12.03 pagi.

“Pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan sedang menjalankan aktiviti perikanan di bawah 15.0 batu nautika atau kira-kira 27 kilometer (km) sekali gus melanggar peraturan lesen yang ditetapkan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas vesel itu mendapati, terdapat tiga kru warga tempatan dan seorang kru warga Indonesia berusia antara 31 hingga 61 tahun sedang bekerja di atas vesel tersebut,” katanya di sini, hari ini.

HASIL tangkapan iaitu ikan baja seberat 200 kg yang ditemukan dalam sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) semasa satu pemeriksaan semalam turut diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan di luar kawasan yang dibenarkan.

“Selain itu, kru warga Indonesia ini turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan iaitu ikan baja yang dianggarkan seberat 200 kilogram (kg) itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,”katanya.

Tambah beliau, Maritim Malaysia sentiasa komited memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang demi menjaga kedaulatan perairan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya