Maritim rampas 21 juta batang rokok seludup RM14.8 juta

Maritim rampas 21 juta batang rokok seludup RM14.8 juta di perairan Kelantan

ERWAN Shah soahdi (tengah) menunjukkan sebahagian rokok putih yang dirampas di Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 21 juta batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM14.8 juta selepas menahan sebuah vesel nelayan asing di perairan Kelantan, kelmarin.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Erwan Shah  Soahdi berkata, rampasan 105,250 karton rokok itu dilakukan di lokasi 31.5 kilometer dari Pengkalan Kubor dalam satu operasi, Sabtu lalu.

Katanya, vesel laut dalam yang diubah suai sebagai bot kargo itu tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 1.30 petang hari berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel tersebut membawa tujuh kru warganegara Thailand berusia antara 21 tahun hingga 47 tahun. 

“Lima kru memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan manakala dua lagi tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan empat daripada mereka positif dadah Methapethamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemungkinan vesel berkenaan adalah pembekal rokok seludup yang bakal diangkut rangkaian penyelulup menggunakan bot pancung ke darat sebelum diedarkan di pasaran luar Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya