PONTIAN: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis syabu ke negara jiran bernilai RM360,000 di sini awal pagi semalam. Pemangku Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Kepten Kama Azri Kamil berkata, kira-kira pukul 1.15 pagi semalam, pihaknya mengesan sebuah bot fiber berwarna biru dalam keadaan mencurigakan. “Kedudukan bot tersebut dikesan pada 0.5 batu nautika barat laut muara Sungai Rambah. Menyedari kehadiran Maritim Malaysia, bot tersebut menuju ke perairan cetek dan seorang suspek melarikan diri ke hutan paya bakau dan meninggalkan bot berkenaan,” katanya dalam kenyatan hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya