Mara taja pengajian pelajar Orang Asli

Mara taja pengajian pelajar Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menaja pengajian seorang pelajar pintar Orang Asli yang merayu memohon program penajaan Mara untuk menyokong cita-citanya dalam bidang kewangan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelajar bernama Merry itu bersama pensyarahnya dari Kuala Rompin, Pahang datang berjumpanya di Mentakab baru-baru ini semata-mata merayu permohonan pembiayaan Mara untuk pengajian.

“Melihat kegigihan dan tekad beliau, saya rasa ini adalah amanah dan tanggungjawab saya untuk membantu, memastikan anak-anak seperti adik Merry diberi peluang untuk berjaya.

“Hanya dengan pendidikan dapat mengubah nasib keluarga. Saya yakin Adik Merry mampu menjadi inspirasi kepada ramai lagi anak muda di luar sana terutama dari komuniti Orang Asli,” katanya.

Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di media sosialnya berkata Merry pelajar cemerlang dari perkampungan Orang Asli Batu 8, Kuala Rompin yang kini melanjutkan pelajaran dalam Bidang Kewangan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Muadzam Shah, Pahang.

Katanya, Mara terus komited memartabatkan agenda pendidikan di luar bandar termasuk dalam kalangan Orang Asli, malah turut melahirkan rasa terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang terus cakna dalam usaha bersama membantu lebih ramai insan berbakat seperti Merry. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya