Maqis Johor gagalkan cubaan seludup tongkeng ayam

Maqis Johor gagalkan cubaan seludup tongkeng ayam

MaqisJohor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 29,113 kg tongkeng ayam tanpa permit di Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri, Johor Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk sebanyak 29,113 kilogram tongkeng ayam pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Edie Putra Md. Yusof berkata, cubaan itu digagalkan semasa pemeriksaan sebuah lori menghala masuk ke negara ini di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini.

“Hasil pemeriksaan bersepadu dibuat, pihak berkuasa menemukan 2,241 kotak berisi tongkeng ayam yang cuba dibawa masuk tanpa permit import Maqis.

“Produk makanan itu juga didapati dibawa masuk tanpa sijil kesihatan veterinar dan sijil pengesahan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun telah ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dilepaskan.

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya